Transformasi pembelajaran Algebra dan Integer melalui gamifikasi papan permainan klasik. Bina kefahaman, tingkatkan minat, dan kuasai algebra Tingkatan 1-3.
Apa itu ULTANGBER?ULTANGBER ialah kit permainan yang direka khas untuk menggalakkan murid menyelesaikan masalah matematik sambil bermain. Kaedah permainan ULTANGBER menerapkan kemahiran berfikir dan elemen didik hibur untuk mencipta persekitaran pembelajaran yang bermakna dan menyeronokkan.
Guru boleh memanfaatkan ULTANGBER sebagai alat bantu belajar murid untuk aktiviti pengukuhan dan pengayaan kemahiran penyelesaian masalah matematik. Murid pula boleh menggunakan kit permainan ini sebagai aktiviti rekreasi bersama rakan sebaya dan keluarga disamping memupuk minat terhadap mata pelajaran matematik.
Papan permainan yang direka khas dengan petak-petak istimewa seperti ular, tangga, integer positif/negatif, dan petak beku.
Kad soalan mengikut aras kesukaran (Aras 1-3) yang sepadan dengan kurikulum DSKP Matematik Tingkatan 1-3.
4 jenis kad istimewa yang memberi kelebihan strategik seperti membekukan lawan, menggandakan langkah, atau menukar tempat.
Token berwarna untuk pemain dan dadu untuk menentukan jumlah langkah dalam setiap giliran.
Pemain baling dadu secara bergilir-gilir. Bilangan yang diperoleh menunjukkan jumlah langkah yang token akan digerakkan.
Apabila token mendarat di petak istimewa (ular, tangga, integer, atau freeze), pemain perlu mengambil Kad Cabaran dan menjawab soalan matematik.
Pemain yang berjaya menjawab soalan aras 3 akan mendapat Kad Kuasa untuk strategi permainan yang lebih menarik.
Pemain ambil Kad Cabaran. Jika jawab betul, naik tangga ke petak paling atas. Jika salah, kekal di bawah tangga.
Pemain ambil Kad Cabaran. Jika jawab betul, kekal di kepala ular. Jika salah, token turun ke hujung ekor ular.
Pemain ambil Kad Cabaran. Jika jawab betul, bergerak ke hadapan berdasarkan nilai positif. Jika salah, kekal di petak.
Pemain ambil Kad Cabaran. Jika jawab betul, kekal di petak. Jika salah, undur ke belakang berdasarkan nilai negatif.
Pemain yang tiba di petak ini akan dibekukan selama 1 giliran. Pemain hanya boleh bermain semula pada giliran berikutnya.
"Dulu takut algebra, sekarang saya suka main ULTANGBER! Rasa macam main game tapi belajar jugak."
"Pelajar lebih aktif dan berani cuba jawab soalan walaupun salah. Permainan ini mencipta persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan."